Cerita 3 tahun punya Ramadhan.


Kolej sebenarnya satu tempat yang seronok
(except those assignments, group work, presentation, research blah blah blah) sebab kolej ada kawan kawan kawan kawan dan kawan. haa, tu makna nya ramai lah. kita ganda ganda kan dia banyak2 siket. so, banyak lah jadi nya. ok, berhenti merepek. ni dah nak pagi, nak tidur sahur nie. Berbalik pada kolej tadi. Selama 3 tahun saya berada di kolej. Kalau 3 tahun, kiranya, 3 kali Ramadhan saya di kolej. Meh cerita siket sebanyak tentang Ramadhan semasa di dunia kolej. Err, semasa duduk berdikari la kunun.


  • Tahun Pertama.
Ramadhan pertama di kolej rasa macam janggal gila, sebab, ye lah, first time berpuasa jaoh dari family. Tiba2 je puasa dengan budak2 bilik yang perangai, nauzubillah. Haha. ok saya tipu. mereka baik. cume sedikit nakal. haa. puasa di kolej lain dengan suasana di rumah. balik kelas, pukul 3/5 petang tuh, siap2 nak pergi bazaar. Bazaar 10minit perjalanan dari asrama. 1bulan puasa, 3kali je saya pergi bazaar. lain lain hari, saya order je. hehe. roommate saya sayang saya. jangan cemburu lah eh? korang ade? Hoho. Seronok nya berbuka dengan rakan2 sebab macam2 bende berlaku. Soya jadi pekat la sebab simpan lame sangat, kuah sayur masuk tv lah, air warne warni, jadi 1 warna je sbb gantung kat pintu lame sangat la. haih. macam2 lah. masa sahur lagi, kawan2 yang masak kan. bangun2 je, dah tersedia makanan. adoi. rasa macam dekat rumah pun ade. bangun2 ma dah siapkan makanan. alahai kawan, sayang korang. saya dah kata, kawan2 saya sayang saya. korang takde kan? dah dah, jangan cemburu sangat ye?


  • Tahun Kedua.
Oh masa Ramadhan kedua bersama kawan kawan nie, dah masuk rumah sewa. haa, masa nk pindah rumah sewa tuh, wah! bilik punya sampah, macam 3tahun punya sampah tak buang. HAA!! lol. ok dah. jangan merapek ke situ, kantoi kantoi. Masa masuk rumah sewa, bazaar pun lebih kurang jugak 10minit dari rumah. Di pendek kan cerita, macam biasa, pukul 6.30PM baru g bazaar. Lambat kot, 6.30PM bertolak, sampai 6.40PM macam tuh, makanan sume tinggal saki baki je. lepas tuh bebel takde makanan. Haha. kawan kawan. Sampai kan, ade certain2 hari, terlajak, pukul 7PM baru pergi bazaar. Main game punya pasal, tak ingat nak tengok jam. masalah masalah. kalau dah pukul 7PM tuh, sorang je pergi, lain order. sebab takda masa nk "window shopping" lagi. terus "grab & go" je. Sampai rumah, terus berbuka. hoho. Sahur pulak, macam biasa la. Kawan kawan jugak tolong masak kan. takde diorang, memang sahur roti je la aku. hehe. bukan tak reti masak, malas. :D


  • Tahun Ketiga.
Ramadhan ketiga dekat kolej nie lebih kurang je ramadhan kedua dekat rumah sewa tuh. sebab sama kan, dok rumah sama, budak yang sama. cume, tahun ketiga nie, ada la masa2 dia yang masa on the way balik tuh, dengar azan, terus berbuka dengan makan karipap sardin yang kawan beli. awak beli kebab, tak kan nak kunyah kebab masa jalan. tak boleh tak boleh. Haha. kunyah lah makanan yang kawan beli. Haih! macam macam lahh. Semua tuh kenangan tu tau! wah! rindu berpuasa di zaman kolej dulu.



overall, TERIMA KASIH TERSANGAT2 pada kawan2 yang masak kan sahur, yang tolong belikan juadah berbuke (bila aku malas nak pergi), yang belanja berbuka, yang kejutkan aku sahur, yang.. yang.. semua semuaaa lah! Seriously, that 3 years of Ramadhan with you guys, unforgettable. Seriously, AWESOME!



*kesimpulan nya, saya rindu zaman masa berpuasa dekat sane. tapi, waktu puasa save gile! serious. orang berbuka sampai RM6-RM10. saya? hmph! RM5 tak sampai. HAHA budak2 rumah tau la ape yang saya beli. hoho. save la. bukan kedekut. kan tak baik membazir masa bulan Ramadhan. Kita perlu berjimat cermat. berjimat cermat, amalan yang mulia. hehe. actually, bukan rindu suasana puasa kolej je, rindu semua, housemate, classmate, roommate, lecturer, college peer.. haih. semua lah. except kolej tuh sendiri. hahaha, kejam kejam. XD



2 comments:

Unknown said...

syok gila puasa time belajaq. x rasa lapaq

Mr. Z said...

ah memang lah. dok belajaq je, mane nye ingat nak makan ke ape ke. XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

INSTAGRAM FEED

@alazieze