Dulu & Sekarang


Heyo guys,

I'm lazy today. So lets do this in Bahasa. Apa khabar semua! Yuhuuu~ So apa cerita dengan dulu dan sekarang? Takda apa sangat pun, saja nak bezakan zaman dulu dan sekarang. Jom start.

----------------------------------------------------------------------------

Zaman dedulu.

  • We do all the silly things (ops! terEnglish plak)
  • Bangun pagi, awal gila pergi sekolah pastu "compete" dengan kawan-kawan siapa datang paling awal kat sekolah.
  • Acah-acah tak bukak lampu, pastu sendiri takut. Sebenarnya, nk takutkan kawan yang datang selepas tu. Tapi sendiri takut, tak jadi. Sebab kawan-kawan kau otak senget pergi cerita pasal kes hantu kat sekolah tu.
  • Bila ada masa lapang, main sambung-sambung titik lah, rugby kertas la, bola kertas la, lawan pemadam la, galah panjang lah. Macam macam. Kau cakap aje. Masa kecik-kecik dulu, kreatif, semua benda boleh jadi mainan. Hey! Straw pun buat main tau! Lawan straw siapa putus dulu. Haa! Oh good old days.
  • Dulu koleksi pemadam penuh dalam kotak tape tu. Sebab lawan pemadam kan kalau menang, dapat pemadam pihak lawan. Macam macam ado!
  • Cikgu masuk kelas, berniaga dulu, pemadam adalah yang paling laku. Sebijik 20sen. Lepas 10-20minit baru mula belajar.
  • Datang sekolah, beriya-riya sebab nak jumpa kawan then story balik cerita Katon/drama series kat TV masa weekend.
  • Masa kat sekolah, seludup Digivice pastu kautim ngan pengawas (bagi dia main digivice kau) kalau kau nak selamat dari "spot-check"
  • Gasing pun stylo. Pergi belakang sekolah masa rehat, main gasing.
  • Masa hujung minggu bangun pagi, dengan tak mandi apa semua, terus duduk depan TV sebab nak tengok Katon kat TV. Masa dulu kan, Katon semua saja je start awal pagi, seawal 8 pagi. Suruh semua budak bangun pagi masa hari cuti. Kejam tau! Duduk depan TV sampai lah cerita Katon kat TV habis (tengah hari gak tu!).
  • Petang tu jalan-jalan naik basikal dengan abang. Tak pun main Badminton ngan abah.

HEY! Banyak sangat la dulu. Aku malas dah nak taip pepanjang. Bukan korang baca sangat pun. Menyampah!

----------------------------------------------------------------------------

Zaman Sekarang.

Handphone. Ipad. Tab. Secara tuntas nya, peranti mudah alih. Zaman teknologi lah kata kan. Kan kan kan (style Upin & Ipin)


*dah, kau tengok. senang je nak summary kan zaman sekarang. Tapi, aku rasa zaman sekarang ni budak budak dah terlalu manja. Parents semua pun jenis yang turut je pulak anak nak apa, bagi. Uih! Dulu aku nak mainan pun beli sendiri. Kau ingat bapak aku nak bagi? Memang masa birthday kau je la. Itu pun kalau kau bertuah masa tu mood bapak kau tengah baik. Haha. Abah, I love you lah cause tak manja kan iolz sangat (even tho sebenarnya dimanjakan jugak. Uhukk uhukk till now tho). Pada kawan kawan yang bergelar parents sekarang ni, jangan lah terlalu manjakan anak, suap anak dengan teknologi. Radiasi teknologi tu kuat. Tu sebab sekarang budak semua terbantut. Ok, maybe not. Over tau aku nie. Sesuka bagi fakta sendiri. But then still, bagi la diorang pengalaman sikit masa old days korang. It was fun for you, mesti fun for your kids too. Boleh bagi, tapi limitkan. Dah lah, borak panjang pun takda guna, bukan korang baca pun. Hahaha. Till we meet again! xoxo kbye.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

INSTAGRAM FEED

@alazieze