Thursday, August 3, 2017

Percintaan Jarak Jauh (PJJ)


_Warning_
.long, boring entry ahead.

Hello bloggers,

Whats up and good day to all! Hari ni kita buat entry in malay je la ya. Malas nak speaking. Grammar macam tahi kucing. Hari ni kita saja nak berceloteh pasal Percintaan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Saja tipu korang dengan tajuk tu. Tau korang ni jenis nak kene tajuk entry macam ni baru nak sampai kat page blog ni. Hahaha terkena la kau. So, boleh la stop baca kat sini siapa tak berkenan nak membaca tu. Aku saja nak story sikit pasal PJJ ni. Pendidikan tau. PENDIDIKAN. 

Aku seorang pelajar PJJ ni. Dulu tak terfikir langsung nak ambil PJJ ni. Disebabkan tawaran UPU aku dapat masa tengah bekerja, dan company tu only release pekerja lepas 3 bulan notis, aku pun terlepas tawaran UPU tu. Aku dapat tawaran masuk UTHM masa tu. Kalau aku terima, aku akan jadi junior pada kawan-kawan aku masa diploma dulu. Sebab diorang a year ahead of me. Menyampah! So, disebabkan itulah, aku ni kengkonon berjiwa pelajar, nak jugak belajar! Dari situ aku ambil keputusan untuk sambung PJJ. Aku pun enrolled la masuk UTM. PJJ ni tak susah pun nak apply. Tak macam pelajar sepenuh masa. Aku pun gembira teruk lompat lompat masa dapat tawaran sambung belajar. Kira kira tahun belajar, ok, target 4 tahun. Max pun 5 tahun sebab kalau nak repeat subjek kantoi ke apa kan. So aku pun gigih belajar dari tahun bawak ke tahun.

Teka la aku dah berapa tahun belajar tak habis habis? Hahaha. Kawan satu diploma dulu semua dah habis degree. Sorang tu dah habis master. MASTER! Aku? Degree still stuck tak habis habis. Jadah lah aku. Tapi nak salahkan UTM gak part ni. Ok later aku cerita. Jadi, aku enrolled tahun 2011. Sekarang dah 2017. 6 tahun nk ke 7 tahun. In shaa Allah kalau takda apa, by end of this year Alhamdulilah boleh habis. Kalau takda apa tu meaning, UTM tak buat hal.

Ni nak cerita sikit, PJJ ni tak semudah yang korang rasa. Ya, betul kami ambil 3 ke 4 subjek top (12 kredit). Tapi, kami bekerja. Kerja kami full time, dan study kami part time. Lagi satu, ya, bagi aku mungkin ok sikit sebab aku single. Cuba fikir yang dah ada family? Haa, anak? Jadi, susah dia sama. Cuma susah kami adalah untuk bahagikan masa antara family, kerja dan belajar. Untuk pelajar sepenuh masa, korang fokus study je kan? Ok la tak semua fokus study. Ada fokus awek, fokus berniaga sambil belajar. Bagi aku yang pernah sepenuh masa dengan separuh masa belajar ni, aku rasa dua dua ada susah dia sendiri.

Antara faktor yang korang kene fikir masa nak ambil PJJ yang paling penting adalah pembahagian masa. Bila masa nak study, bila masa nak buat assignment, bila masa nak study group, bila mana nak buat persediaan untuk presentation, grouping work etc. Siang dah tentu kau takda masa, sebab kau kerja. Habis kerja pukul 5PM la contoh. Balik rumah makan mandi rehat kejap, then baru boleh buat kerja. Kalau assignment individual senang. Kalau grouping? Nak pergi pulak jumpa bincang. Kena pulak tengok masa masing-masing. Tabah je kalau dapat group yang perangai macam atas atas good good tu.

Faktor lain, atur jadual. Uihh ini la paling penting. Tolong la korang, atur jadual korang betul betul. Kalau subjek tu ada pra-syarat, pastikan ambil semua subjek pra-syarat tu dulu. Sampai satu tahap, mungkin subjek tu akan susah sangat untuk ditawarkan. Berbalik pada kata aku nak salahkan UTM tu adalah sebab dia dah banyak tak tawar subjek. Elok satu sem boleh ambil 3-4, jadi boleh ambil 1-2 je. Mana mau nya nak habis 4 tahun dey! Fokus pada subjek yang jarang ditawarkan. Kalau tak, jadi macam aku, dari JB, kene travel ke KL untuk ambil subjek yang tak ditawarkan kat JB. Kalau tak, mungkin lagi 2-3 tahun baru habis? Total like what? 10 tahun? Degree? Mereput lah.

Aku malas nak celoteh panjang. Bukan ada siapa nak baca. Jadi aku habiskan kat sini. Pada korang yang agak-agak celupar sangat mulut tahi kucing tu cakap PJJ ni senang. Please, korang tinggalkan full time study korang tu, then ambil part time. Kita tengok jaoh mana korang boleh bertahan. Bagi aku, yes, aku rasa PJJ ni tough. TOLONG LA PIKIR HABIS MASAK SEBELUM AMBIL PJJ. Especially degree. Oh well, bagi aku, sux gila. Rasa nak berhenti. Tapi sayang 5-6 tahun, habis duit bayar yuran and all. So I might as well habiskan je. Sikit je lagi. Tabah la azieze. Tabah. Pada yang ambil PJJ dan berkeluarga, aku respek kaw kaw kat korang. Aku yang single ni pun macam tak terurus hidup ambil PJJ. Hahaha


*cadang dulu nak belajar sampai ke PhD. Tapi, bila ambil degree separuh masa ni rasa macam nak mati. Banyak kali rasa nak give up. Tapi, kental jugak hati kata tabah lah. Sikit lagi, sikit lagi. Sikit punya sikit dah nak 7 tahun. Haha loser la kau ni zie. Orang semua dah masuk master, kerja sedap gaji besar, kau sedih kerja kuli gaji kecil lagi. Apakan daya. Mungkin dah sampai masa aku tukar sikit permainan hidup aku dengan mula berniaga? Oh well. Mari kumpul duit dulu untuk buat modal. Semua businessman kata, modal awal jangan buat loan. Hehe. Entah la, cita-cita dari kecik dulu tinggi. Tapi kat takuk tu jugak. Sedih betul. Anyhow, till next time guys! Mmkay bai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...