Muahaha!!

Tengah buhsan. Tak taw nk wat ape. so, ak terigt tentang di mane ak terjumpe 1 essay murid sk0la darjah bape ntah yg di tag oleh kawan ak di Facebook. Kelakar! haha! then, member ak ade cite plak ade yg lagik kelakar. yg slah grammar tuh, xpe ar en, standad. Salah grammar n spelling. ak pon same gak dlu. tp, kal0 da mcm karangan yg akan di post nie, agak2? hahaha! kelakar. kal0 la ak jadik cikgu mereke, tak gelak cam org gile plak bile ak tande ketas tuh. huhu. ok, kite tg0k sket je. ni karangan pertame. berbentuk image.


(Click to enlarge)


wth?! haha!! die ulang bnde same ulang2. then, ms0k pasal duet. peh! gile ($.$) tol. hahaha!! Next, cite die agak pnjang, tp, korang bace la. Kelakar. Sgt. c(x



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota di pejabat itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati





Haha! kelakar en? ke bg ak je? kal0 k0rang xgelak la, mmg ade mslh la mane2 urat korang nie. c(: Paperpon, ade berlampuh lagik karangan yg merepek2 yg diowg wat. korang g je google.com tuh, taip je lah karangan kelakar / karangan budak sekolah rendah. tp, bg ak, dalam banyak2 tuh, 2 karangan ni la yg paling BEST! Tahniah pade budak yg buat nie. huhu.


*release tension before final. haih! pade korang2, bace dan gelak. jgn ik0t. kal0 la ade org yg atas darjah 6 wat karangan canie, mmg unforgivable! haha!! ak dlu ade gak kawan, time form1. Name, Uyub (bukan name sebenar). haha!! die wat karangan, menggunakan daye imagenasi yg amat tinggi. Kene wat karangan yang berakhir dengan "...itulah pengalaman yg paling ngeri penah saye lalui". Ok. Takde la susah mane en? Die wat, ms0k pasal vampire. Haha! Imagenasi tggi. Tahniah. c(x Paperpon, bende da lepas. Igt unt0k teladan dan gelak ketawe je. ikot takmo aih! :)


4 comments:

NURDIYANA said...

hahahaha!!!
mcm mn la kwn ko tu bleh pk bnd tu sume..
ni kalu jual, mmg laku lol..
haha..

Mr. Z said...

haha!! ntah la. mcm beng0ng2 je. tak betol sket mmber2 ak nie. ko kne paham keadaan mereke. haha! jual laku ke? hahahahah!!!

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!

hahahaaaa....
sakit kut gelak!

Mr. Z said...

haha! tahniah kerana anda gelak. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

INSTAGRAM FEED

@alazieze