Tuesday, August 30, 2011

First Eid 2011

Sebelom apa apa...

Salam AidilFitri!
Maaf Zahir & Batin!!

Kosong kosong aa kawan. :)


No long post. Picture will do the talk. Maybe with some description. XD (click on the image to enlarge. takkan tu pun nak ajar kot? haha. :p)



(one big happy family at kampung. xD)
PS: don't ask me why i'm in black this year. =.=



(kiri: kampung ku. :D)
(kanan: excited raya. fuyooo~)




(kiri: kesian, tersisih, warne baju laen.. tamo nanges. haha)
(kanan: gambar curi. haa, ape bikin aa! XD)




(ni baru 4 family. lagi 5 raya kampung lagi satu. heh. :D)



(kiri: kanan tuh bodyguard poyo gile. tgok muke die. =.=)
(kanan: alolorh, sweet gile. haha. XD)




*dah. senang je tahun nie. tgok gambar je. tak yah nk bebel2 panjang macam tahun lepas. nk kene buat list mintak maaf lagi ke. tak payah la kot. bace yang lepas. same je gak tahun nie. mintak maaf bende same. kot? HAHA apa nak buat, asyik buat bende salah yang sama je. tu pasai la tiap tahun mintak maaf benda sama. tapi, tahun nie ade kawan2 baru. hmm, nanti la buat forgive list lagi macam tahun lepas. haha, takpe. nanti nanti. korang boleh je tunggu kot? haa, pape pon, ni gambar untuk first eid. lokasi, kampung pantai, seremban. dekat je kot dengan rumah, tak sampai 10minit. papepun, selamat berhari raya! (=


Sunday, August 28, 2011

Raya? Tak.


PERHATIAN

ni post saja saja nak tambah kan
entry dalam blog. ignore je. Haha. XD


(takda kene mengena dengan entry!)


Woeh! dah nak raya. oi, nak raya weh. korang raya ke tahun nie? raya raya? o, bagus bagus bagus. raya pasti meriah di kampung kampung halaman, orang bertandang ke rumah, bagi duit raya, makan sampai perut kedepan 2kilometer (ok, tipu sangat tu) dan macam macam lah. Dulu raya best wo! pergi rumah rumah, bagi salam, minum air sirup, makan kuih seketul.. "makcik, nak balik dah nie.." then dapat duit raya. satu kampung pusing, ada yang bagi 20sen, ade yang bagi rm10, ade jugak tu yang bagi 75sen! haa, unik! pakcik tu rumah je besar, tak bagi duit raya pun. Haha, kenangan kenangan. Raya sekali 15 - 20 orang, orang tutup rumah. Ramai sangat. Heh. dah, tu semua cerita lama. sekarang, mood raya kurang. lagi lagi lepas satu, satu masalah datang. gila takde mood oi! haih. takpa. buang cerita tu dalam loji kumbahan. sekarang fokus raya! (takde mood.. =.=) Raya tahun ni dan raya yang akan datang, semua rumah yang akan di tandang adalah rumah orang yang di kenali sahaja. Ah, missing the old days. haha. Boleh tak eh, kalau raya, kita gune 3g? Video Call? Untuk yang jauh jauh tuh. kata zaman dah maju, teknologi dah tinggi. XD tapi.. tak best. tunggu teknologi yang keluar hologram tuh. baru canggih. boleh salam. haa, hemsem hemsem. err, aku merapek ape ni? ok, ignore.


*apa motif aku post entry ni pun aku tak tau la. saja suka suka kot? kerja dekat cc, bosan tahap gaban, dengar budak2 ni memekak, diorang happy happy je. aku tension nie. cepuk sorang2 kang. haa.. haha, tapi, kat cc, taip taip lah ape yang boleh di taip. sebab kerja lama, dan aku taip lembab, so, tak lah membazir masa. haha. kerja sekarang macam nak tak nak je. dulu kerja sebab ada misi, visi dan matlamat. ni kerja, dah takda semua tuh, macam.. boooo~ bosan. hahaha.


Friday, August 26, 2011

Think think and THINK!


Think
twice
(18x pun boleh)
before you
ever want to
love or care
about
someone.
Cause once
you love
and care,
forever you
will.




Al-Azieze © 2011. All Right Reserved.


*booooo, bende ni pun nk copyright. bende gay macam nie senang je nak cari dekat google.com tuh ha. hahaha, eh.. tgh kacau memang macam nie, terima kasih pada yang terlibat. :D bodo punya entry. asal aku post entry pagi pagi je, ni la die. gay nak mampus. hotak die. hahaha, takpe. sesekali sesekale pun nya lah.. adoi. xD tunggu ma masak nk sahur nie, so, lepak2 lah post entry gay. takde la membazir masa. lol.


Wednesday, August 10, 2011

Cerita 3 tahun punya Ramadhan.


Kolej sebenarnya satu tempat yang seronok
(except those assignments, group work, presentation, research blah blah blah) sebab kolej ada kawan kawan kawan kawan dan kawan. haa, tu makna nya ramai lah. kita ganda ganda kan dia banyak2 siket. so, banyak lah jadi nya. ok, berhenti merepek. ni dah nak pagi, nak tidur sahur nie. Berbalik pada kolej tadi. Selama 3 tahun saya berada di kolej. Kalau 3 tahun, kiranya, 3 kali Ramadhan saya di kolej. Meh cerita siket sebanyak tentang Ramadhan semasa di dunia kolej. Err, semasa duduk berdikari la kunun.


  • Tahun Pertama.
Ramadhan pertama di kolej rasa macam janggal gila, sebab, ye lah, first time berpuasa jaoh dari family. Tiba2 je puasa dengan budak2 bilik yang perangai, nauzubillah. Haha. ok saya tipu. mereka baik. cume sedikit nakal. haa. puasa di kolej lain dengan suasana di rumah. balik kelas, pukul 3/5 petang tuh, siap2 nak pergi bazaar. Bazaar 10minit perjalanan dari asrama. 1bulan puasa, 3kali je saya pergi bazaar. lain lain hari, saya order je. hehe. roommate saya sayang saya. jangan cemburu lah eh? korang ade? Hoho. Seronok nya berbuka dengan rakan2 sebab macam2 bende berlaku. Soya jadi pekat la sebab simpan lame sangat, kuah sayur masuk tv lah, air warne warni, jadi 1 warna je sbb gantung kat pintu lame sangat la. haih. macam2 lah. masa sahur lagi, kawan2 yang masak kan. bangun2 je, dah tersedia makanan. adoi. rasa macam dekat rumah pun ade. bangun2 ma dah siapkan makanan. alahai kawan, sayang korang. saya dah kata, kawan2 saya sayang saya. korang takde kan? dah dah, jangan cemburu sangat ye?


  • Tahun Kedua.
Oh masa Ramadhan kedua bersama kawan kawan nie, dah masuk rumah sewa. haa, masa nk pindah rumah sewa tuh, wah! bilik punya sampah, macam 3tahun punya sampah tak buang. HAA!! lol. ok dah. jangan merapek ke situ, kantoi kantoi. Masa masuk rumah sewa, bazaar pun lebih kurang jugak 10minit dari rumah. Di pendek kan cerita, macam biasa, pukul 6.30PM baru g bazaar. Lambat kot, 6.30PM bertolak, sampai 6.40PM macam tuh, makanan sume tinggal saki baki je. lepas tuh bebel takde makanan. Haha. kawan kawan. Sampai kan, ade certain2 hari, terlajak, pukul 7PM baru pergi bazaar. Main game punya pasal, tak ingat nak tengok jam. masalah masalah. kalau dah pukul 7PM tuh, sorang je pergi, lain order. sebab takda masa nk "window shopping" lagi. terus "grab & go" je. Sampai rumah, terus berbuka. hoho. Sahur pulak, macam biasa la. Kawan kawan jugak tolong masak kan. takde diorang, memang sahur roti je la aku. hehe. bukan tak reti masak, malas. :D


  • Tahun Ketiga.
Ramadhan ketiga dekat kolej nie lebih kurang je ramadhan kedua dekat rumah sewa tuh. sebab sama kan, dok rumah sama, budak yang sama. cume, tahun ketiga nie, ada la masa2 dia yang masa on the way balik tuh, dengar azan, terus berbuka dengan makan karipap sardin yang kawan beli. awak beli kebab, tak kan nak kunyah kebab masa jalan. tak boleh tak boleh. Haha. kunyah lah makanan yang kawan beli. Haih! macam macam lahh. Semua tuh kenangan tu tau! wah! rindu berpuasa di zaman kolej dulu.



overall, TERIMA KASIH TERSANGAT2 pada kawan2 yang masak kan sahur, yang tolong belikan juadah berbuke (bila aku malas nak pergi), yang belanja berbuka, yang kejutkan aku sahur, yang.. yang.. semua semuaaa lah! Seriously, that 3 years of Ramadhan with you guys, unforgettable. Seriously, AWESOME!



*kesimpulan nya, saya rindu zaman masa berpuasa dekat sane. tapi, waktu puasa save gile! serious. orang berbuka sampai RM6-RM10. saya? hmph! RM5 tak sampai. HAHA budak2 rumah tau la ape yang saya beli. hoho. save la. bukan kedekut. kan tak baik membazir masa bulan Ramadhan. Kita perlu berjimat cermat. berjimat cermat, amalan yang mulia. hehe. actually, bukan rindu suasana puasa kolej je, rindu semua, housemate, classmate, roommate, lecturer, college peer.. haih. semua lah. except kolej tuh sendiri. hahaha, kejam kejam. XD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...